Sunday, June 28, 2020

Kesalahan Umum Tatabahasa

Cakna Bahasa 

1. Wang itu ada pada Ali.✅
2. Wang itu ada dengan Ali.❌
3. Wang itu bukan ada pada Ali.❌
4. Wang itu bukan pada Ali.✅

Alasan:

1. Kata sendi nama 'pada' wajib berpasangan dengan kata kerja tak transitif 'ada' apabila diikuti oleh 'manusia/haiwan'.

2. Kata sendi nama 'dengan' tidak dapat dipasangkan dengan kata kerja tak transitif 'ada'.

3. Kata nafi 'bukan' berfungsi bagi menafikan kata nama dan kata sendi nama sahaja. Akan tetapi, dalam ayat di atas kata nafi tersebut diikuti oleh kata kerja tak transitif 'ada'.
(tinggalkan rumus kekecualian dalam ayat ini)

4. Penggunaan kata nafi 'bukan' dalam ayat ini telah mematuhi hukum yang betul dan persis.

No comments:

Post a Comment

TATABAHASA