Tuesday, June 16, 2020

Imbuhan Awalan MeN-

Imbuhan Awalan MeN-

  1. Semua kata dasar yang menerima imbuhan awalan ini akan membentuk Kata Kerja.

  2. Apabila kita menggabungkan Kata dasar yang bermula dengan huruf PTKS, huruf-huruf itu perlu dibuang.

  3. Sila lihat kaedah gabungan kata dasar dengan imbuhan MeN- seperti dalam jadual (4).

  4.  Imbuhan MeN-Huruf Pangkal  Kata Terbitan
     Me- L, M, N, R, W, Y
    melukis, memasak, menaik,
    merampas, mewarna, meyakinkan

     Men- C, D, J, T, Z
    mencari, mendaki, menjadi, menulis, 
    menziarahi

     Mem- B, F, P, V
    membeli, memfitnah, 
    memotong, memvaksin

     Meng-
     A, E, I, O, U, G,
    H, K, Q, X
    mengajar, mengedar, mengintip, 
    mengolah, mengubah, menggali, 
    menghalau, mengandung, mengx-ray

     Meny- S
    menyapu, menyimpan, menyusun, 
    menyalin, menyorok

     Menge-
     Imbuhan ini digunakan 
    untuk perkataan yang 
    mempunyai satu suku 
    kata sahaja.

    mengecat, mengecop, 
    mengemop, mengebom

No comments:

Post a Comment

TATABAHASA