- Kata Seru digunakan untuk menunjukkan perasaan seseorang.
- Ayat yang menggunakan Kata Seru dipanggil Ayat Seruan.
- Di hujung Ayat Seruan mesti diletakkan tanda
seru (!).
- Contoh Kata Seru serta penggunaannya seperti di bawah:
Kata
Seru
|
Penggunaan
|
Contoh Ayat
|
Eh
|
Perasaan
terkejut
(Surprise & shock) |
Eh, awak pun berjoging di sini!
|
Nah
|
Memberi
sesuatu atau menyuruh seseorang mengambil sesuatu
(Give
something)
|
Nah, ambil semula buku awak!
Nah, rasakan tumbukan aku!
|
Oh
|
Tahu
sesuatu secara tiba-tiba
(Finally
found out something)
|
Oh, saya rasa saya ingat tempat saya
letakkan telefon saya!
|
Cis
|
Perasaan
marah
(Angry)
|
Cis, berani engkau membuli adik aku!
|
Aduhai
|
Perasaan
malang
(feel
unfortunate)
|
Aduhai, malang sungguh nasib aku pada hari
ini!
|
Syabas
|
mengucapkan
tahniah atas kejayaan seseorang atau menerima berita baik
(Good news) |
Syabas, kamu berjaya mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan!
|
Tahniah
|
Tahniah, kamu berjaya mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan!
|
|
Amboi
|
Perasaan
kagum
(feel
impress of something and talk to someone else)
|
Amboi, cantiknya baju yang awak pakai!
|
Wahai
|
Untuk
menarik perhatian
(Attract
attention)
|
Wahai murid-murid, belajarlah
bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang!
|
Hai
|
Untuk
menyapa seseorang
(Greet)
|
Hai, nama saya Chiramate Lee!
|
Aduh
|
Digunakan
ketika berasa sakit
(Pain)
|
Aduh, sakitnya kaki aku kerana
tersepak meja itu!
|
Wah
|
Sesuatu
yang mengagumkan
(feel
impress of something and talk to yourself)
|
Wah, tingginya bangunan KLCC itu!
Wah, cantiknya rumah di atas bukit!
Wah, indahnya pemandangan di sini!
|
Ah
|
Tidak
setuju
(Disagree)
|
Ah, saya tidak mahu
pergi bercuti ke sana!
|