Terdapat tiga teknik bina ayat menggunakan kata kerja yang tidak menerima imbuhan awalan.
TEKNIK PERTAMA: AYAT PASIF MENGGUNAKAN KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA DAN KEDUA. LIHAT CONTOH DI BAWAH:
Ayat Aktif (Kata Ganti Nama Diri Pertama/Kedua)
- Saya perlu mematuhi undang-undang negara.
- Kita mesti menjaga kesihatan dengan melakukan senaman dan makan makanan berkhasiat.
- Kita mesti menumpukan sepenuh perhatian ketika guru sedang mengajar.
- Kita mesti menghormati para guru yang berjasa mendidik kita.
- Kalian perlu memeriksa semula jawapan selepas menjawab soalan ujian itu.
- Undang-undang negara perlu saya patuhi.
- Kesihatan mesti kita jaga dengan melakukan senaman dan makan makanan berkhasiat.
- Sepenuh perhatian mesti kita tumpukan ketika guru sedang mengajar.
- Para guru yang berjasa mendidik kita mesti kita hormati.
- Jawapan perlu kalian periksa semula selepas menjawab soalan ujian itu.
TEKNIK KEDUA: AYAT PASIF MENGGUNAKAN KATA BANTU PASIF 'KENA'. LIHAT CONTOH DI BAWAH:
kena pukul = dipukul
kena bom = dibom
kena buang = dibuang
kena culik = diculik
kena tangkap = ditangkap
Bentuk Ayat Pasif biasa yg menggunakan Kata Ganti Nama Diri Ketiga:
- Budak itu dipukul oleh samseng jalanan.
- Penduduk Gaza dibom oleh tentera Israel.
- Seorang kanak-kanak diculik oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
- Pendatang asing itu ditangkap oleh pegawai imegresen.
- Budak itu kena pukul oleh samseng jalanan.
- Penduduk Gaza kena bom oleh tentera Israel.
- Seorang kanak-kanak kena culik oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
- Pendatang asing itu kena tangkap oleh pegawau imegresen.
- Tolong jaga barang-barang ini supaya tidak dicuri.
- Sila tutup pintu itu dengan rapat.
- Jemput masuk ke dalam rumah.
- Minta ambilkan segelas air untuk saya.
- Jangan biarkan air itu bertakung.
Cikgu Naim Zaini
017 321 5630
Bahasa Melayu Home Tuition